Monday, February 3, 2014

AZAM TAHUN BARU 2014

1 Jan 2014,bermula cuti tanpa gaji yang ku pohon daripada pihak majikan  untuk selama 10 bulan..Alasan yang diberi ialah sibongsu ku tiada maid yang dipercayai utk mengambil alih tugasku dirumah. Keputusan yang agak mengejutkan oleh sebilangan besar rakan-rakanku tapi ku percaya itu adalah keputusanku yang terbaik setakat ini..mengorbankan karierku yang bertapak kukuh lebih daripada 20 tahun semata-semata mementingkan aset yang lebih besar dan berharga iaitu sibongsuku.

Bulan pertama ku lalui dengan penuh rasa syukur dan berterimakasih kepada Illahi kerana banyak perkara yang tak dapat ku lakukan semasa bekerja akhirnya berjaya dilaksanakan..Antaranya pengisian kerohanian yang dulunya sentiasa tidak istiqamah kini  semakin hari semakin bertambah baik..alhamdulillah

Masuk bulan kedua bermakna bermulala era tanpa gaji...walau pun tidak terdesak dek kerana simpanan masih ada..aku terfikir untuk melangkah kedunia perniagaan yang bermula dari rumah.Yes....terbaca satu hadis"
 Sebaik-baik manusia ialah manusia yang memberi manafaat kpd yang lain "
 Apa manfaat yang boleh ku sumbangkan sepanjang percutian panjangku dirumah??????

Secara suka-suka ,menjual tudung online ,menjual oats  choco offline dan akhirnya aku rasa aku mesti kembali ke business lama ku yang ku tinggalkan dek kesibukan kerjaya ku ini...

SHAKLEE- nama yang pernah mengukir kenangan paling manis dalam hidup ku kerana bermula dishaklee aku berjaya menjejakkan kaki 3 tahun berturut-turut  ke bumi barakah pada tahun 2001,2002 dan 2003...satu kenangan yang paling agung disaat itu  dan hingga ke saat ini...Awal 2004 karierku melangkah setapak kehadapan dengan dilantik menjadi penolong kanan koko,maka perlahan-lahan kesibukan didalam business semakin lama semakin berkurangan ..akhirnya aku hanya menjadi pengguna setia sehingga penghujung 2013

Tiba-tiba minda ku berkocak bila mendapat perkhabaran upline ku yang juga kakak iparku mendapat income lebih daripada 500,000 sebulan   hasil daripada penglibatan sepenuh masa dalam shaklee..wow dan anak menantunya mendapt income menghampiri 1 juta sebulan....

Terbayang dikotak fikiranku...alangkah bahagianya menjadi jutawan yang boleh memberi sumbangan kepda yang memerlukan terutama keluarga sendiri..JUTAWAN YANG DERMAWAN......

SO I HAVE TO CHANGE COZ..... FOR THINGS TO CHANGE I HAVE TO CHANGE FIRST........

SO TODAY ...3 FEB 2014..I DECIDED TO FOCUS ON MY BUSINESS ONLINE....IM BACK WITH SHAKLEE ...DAN KUNCI KEPADA SEGALA INI MESTILAH MEMPUNYAI HATI YANG KENTAL DAN MENGHARAPKAN KEREDHAAN ILLAHI...

MY CHECKLIST FOR SUCCESS:

1) PERUBAHAN DIRI- dhuha,bersedekah,berzikir,solat hajat ,solat taubat,solat tahajjud, yasin,mathurat,al-waqiah .,amalan doa tertentu adalah permulaan kpd persiapan diri mencari rezeki Allah yang terbentang luas

2)  MESTI- mentor,emosi dan ilmu,sistem,tindakan dan impian


SEMOGA ALLAH MEMBANTU HAMBANYA YANG INGIN BERKONGSI KEBAIKAN PRODUK INI DAN MEMBANTU MEMBERIKAN KEGEMBIRAAN KPD ORANG LAIN




UMRAH 2001 BERSAMA SHAKLEE


UMRAH 2002 BERSAMA SHAKLEE


UMRAH 2003 BERSAMA SHAKLEE


No comments:

Post a Comment